Saturday 23 April 2011

PEMBUKAAN KLINIK CURE & CARE 1 MALAYSIA TAMPIN,MELAKA

Bermula pada 4 April 2011,maka bertukarlah identiti salah satu Pusat Pemulihan yang pertama sekali menggunakan konsep sehenti di Malaysia atau lebih dikenali umum sebagai Pusat Serenti.Pada tahun 2009,AADK talah menjenamakan semula nama Pusat Serenti  kepada nama baru iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).PUSPEN tersebut adalah PUSPEN Tampin,Melaka atau nama barunya iaitu Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampin,Melaka.Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP),yang mengutamakan penyampaian kepada rakyat,maka tercetuslah satu idea yang terhasil melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dibincangkan didalam Crime Lab dan Drug lab,hasilnya adalah AADK telah mentransformasikan PUSPEN dengan mewujudkan PUSPEN yang berkonsep terbuka (open Concept) kepada penagih.PUSPEN ini telah ditukarkan kepada nama Klinik Cure & Care 1Malaysia.Berdasarkan amalan-amalan yang terbaik dan prinsip-prinsip asas rawatan (best practise and guiding principles) kepada para penagih dadah,klinik C&C 1Malaysia menawarkan 12 jenis perkhidmatan yang boleh dipilih oleh klien/Pelanggan berdasarkan komitmen dan keperluan kepulihannya.Antaranya ialah :


  1. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  2. Pendidikan agama dan spiritual
  3. Pencegahan penagihan semula(Relapse Prevention)
  4. Program kemahiran hidup (Life skills) 
  5. Program pendidikan dan latihan vokasional
  6. Program khidmat masyarakat
  7. Perkhidmatan detoksifikasi (penyahtoksidan) secara perubatan
  8. Program rawatan terapi gantian (drug substitution therapy)
  9. Program re-entry
  10. Program seliaan lanjutan (aftercare)
  11. Program kumpulan supportif
  12. Perkhidmatan rujukan dan advokasi
Klinik C&C 1malaysia juga memperkenalkan konsep "open access service" bagi mengoptimunkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan / klien.Intipati kepada konsep tersebut ialah :

  1. Pelanggan/Klien boleh memilih apa perkhidmatan/program yang bersesuaian dengan komitmen dan keperluan kepulihannya.
  2. pelanggan/klien klinik bukan lagi terhad kepada penagih-penagih dadah sahaja,tetapi juga kepada semua peringkat anggota masyarakat sama ada keluarga,majikan tau mana-mana individu yang menpunyai kaitan atau terkesan daripada masalah penagihan (co-dependency).
  3. Pelanggan/klien yang datang atau memohon perkhidmatan tidak dikenakan sebarang prasyarat,dan segala butir maklumat peribadi klien tidak akan didedahkan.
  4. Pelaggan/klien yang sedang atau telah mendapatkan perkhidmatan tidak tertakhluk kepada ikatan undang-undang (Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983,pindaan 1998).
  5. Perkhidmatan dibuka selama tujuh (7) hari seminggu,tidak termasuk cuti umum.
Semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan/dipohon oleh pelanggan/klien akan disediakan melalui tujuh (7) peringkat penempatan (client's placement level) iaitu :

  1. Residensi(inpatient)-selama tempoh 1bulan,2bulan atau 3 bulan.
  2. Pesakit luar (outpatient)-mengikut kesesuaian klien
  3. Detoksifikasi-selama 2 minggu
  4. Rawatan terapi gantian-mengikut kesesuaian pelanggan
  5. Singgah masuk(daycare)
  6. Khidmat singkat-aduan,khidmat nasihat dan intervensi
  7. Rujukan dan advokasi
Buat masa ini telah terdapat 7 klinik yang telah ditubuhkan di malaysia,untuk maklumat lanjut khususnya kepada mereka yang tinggal di negeri melaka,Negeri Sembilan dan Pahang bolehlah berhubung di talian berikut :
06-4411922 (Klinik C&C 1Malaysia Tampin,Melaka)

No comments:

Post a Comment