Saturday 3 November 2012

OUTREACH DI KOMUNITI ANDA

TEMUSERU atau OUTREACH adalah satu cara untuk mendekati golongan sasar kepada penyampaian maklumat tentang perkhidmatan dan saluran untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh golongan sasar yang sering kali mendapat maklumat dan perpekstif yang salah tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik C&C 1Malaysia Tampin.Unit Publisiti sentiasa menerima maklumat awam yang ingin membantu mereka yang terlibat dengan masalah dadah di komuniti mereka.Sila hubungi kami di talian berikut :

06-4411922
06-4415059
06-4411667

Friday 2 November 2012

GOTONG -ROYONG PERDANA

SOKONGAN SOSIAL merupakan satu elemen yang penting dalam membantu mengekalkan kepulihan kepada klien,tanpa pengurusan sokongan sosial yg baik boleh menyebabkan ramai penagih/pengguna dadah gagal mengekalkan abstinen  mereka kerana kehidupan yg sebenarnya adalah hidup bermasyarakat dan ramai pada masa ini yg sering berkata mengapa ramai yang pulang dari pusat pemulihan jatuh semula.ini kerana ramai dari kita mengabaikan SISTEM SOKONGAN SOSIAL dan lebih mengamalkan sikap sentimen negatif,ketahuilah bahawa tanpa sokongan yang kuat,mereka yang terlibat ini mudah untuk jatuh semula ke alam penagihan..


Thursday 12 July 2012

N9kini

PROGRAM GOTONG ROYONG 1MALAYSIA WE CARE, WE SERVE

Program gotong- royong ini merupakan salah satu program wajib yang dijalankan pada setiap minggu.Ia bertujuan adalah untuk memastikan kawasan dan keceriaan di sekitar Klinik C&C 1Malaysia  Tampin, Melaka.Selain itu ia memupuk budaya kerjasama di kalangan klien,setakat ini ia ,merupakan salah satu usaha yang baik dalam melatih diri untuk mengutamankan kebersihan kwasan amnya dan diri khususnya

MODULITI KEAGAMAAN

Moduliti keagaaman merupakan satu elemen yang penting dalam memantapkan dalaman (hati) klien supaya mengekalkan kepulihan dari dadah.aktiviti bacaan yassin yang dijalankan setiap malam jumaat merupakan salah satu rutin  yang dijalankan untuk membiasakan diri klien dengan aktiviti keagamaan.


Saturday 30 June 2012

CUTI OH CUTI

Pasti ramai yang menantikan hari cuti kerana ia adalah masa untuk kita berehat.Namun begitu adakah anda tahu apa yang dilakukan oleh anak,adik beradik atau ahli keluarga anda  ketika cuti ini.Ambillah masa untuk peka kepada perkara ini,ini kerana ramai yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah kerana kebebasan yang melampau atau tanpa pantauan dari keluarga.Fikir sejenak dan bantu mereka,jika mereka telah terlibat.Datanglah ke Klinik C&C 1Malaysia Tampin, Melaka (06-4411922)


FEEL THERAPY

Terapi perasaan merupakan salah satu terapi yang efektif di gunakan dalam membantu mereka yang mempunyai masalah terutamanya di dalam masalah penagihan, ini kerana mereka yang terlibat di lihat lebih mempunyai emosi yang lebih sensitif.Perkara ini dapat dilihat apabila ramai(bekas penagih) menyuarakan pendapat bahawa emosi yang tidak stabil menyebabkan mereka mudah untuk relapse. Melalui perasaan kebanyakan mereka tidak boleh berbohong berbanding percakapan & perbuatan.