Tuesday 3 January 2012

TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM...

terlebih dahulu pihak Klinik Cure&Care 1Malaysia Tampin ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua lapisan masyarakat di malaysia yang di lihat kian prihatin terhadap masalah penagihan dadah di negara kita,melalui perkembangan yang baik ini.Pihak kami menyarankan supaya sikap prihatin kepada mereka yang terlibat dengan penagihan dadah ini dapat di terjemahkan melalui medium yang betul dan arif dalam membantu mereka ke arah kepulihan.Wujudnya Klinik Cure&Care 1Malaysia amnya di negara ini dan khususnya di Tampin, Melaka adalah untuk membantu golongan yang terlibat di dalam penagihan dan penyalahgunaan dadah serta bahan-bahan terlarang yang lain di kawasan setempat terutamanya di negeri Melaka dan Negeri Sembilan.Sekiranya anda mempunyai maklumat dan ingin membantu mereka yang terlibat ini bolehlah menghubungi talian Hotline kami.Perkhidmatan yang disediakan di sini adalah berkonsepkan sukarela, terbuka dan lebih mesra.Ini kerana klien boleh memilih pakej yang hendak di ikuti selepas di syorkan oleh pegawai penilai.Klinik Cure&Care 1Malaysia juga turut menyediakan Program Rawatan Terapi Gantian Mengunakan Methadon.Melalui GTP yang dijalankan oleh kerajaan telah memberi kesan di dalam penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di dalam bidang rawatan & pemulihan dadah.