Saturday 3 November 2012

OUTREACH DI KOMUNITI ANDA

TEMUSERU atau OUTREACH adalah satu cara untuk mendekati golongan sasar kepada penyampaian maklumat tentang perkhidmatan dan saluran untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh golongan sasar yang sering kali mendapat maklumat dan perpekstif yang salah tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik C&C 1Malaysia Tampin.Unit Publisiti sentiasa menerima maklumat awam yang ingin membantu mereka yang terlibat dengan masalah dadah di komuniti mereka.Sila hubungi kami di talian berikut :

06-4411922
06-4415059
06-4411667

Friday 2 November 2012

GOTONG -ROYONG PERDANA

SOKONGAN SOSIAL merupakan satu elemen yang penting dalam membantu mengekalkan kepulihan kepada klien,tanpa pengurusan sokongan sosial yg baik boleh menyebabkan ramai penagih/pengguna dadah gagal mengekalkan abstinen  mereka kerana kehidupan yg sebenarnya adalah hidup bermasyarakat dan ramai pada masa ini yg sering berkata mengapa ramai yang pulang dari pusat pemulihan jatuh semula.ini kerana ramai dari kita mengabaikan SISTEM SOKONGAN SOSIAL dan lebih mengamalkan sikap sentimen negatif,ketahuilah bahawa tanpa sokongan yang kuat,mereka yang terlibat ini mudah untuk jatuh semula ke alam penagihan..